This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

DAPUR SEMPIT KELIHATAN LUAS

PEMILIHAN WARNA
Pemilihan warna cerah dan lembut adalah paling sesuai dan amatla digalakkan. Contohnya warna beige, putih susu, putih mutiara atau kuning cair. Bagi mereka yang berani dan suka kan kelainan, warna2 seperti ungu muda, biru muda, merah jambu, hijau muda dan jingga muda boleh digunakan. Ini kerana warna2 ini tergolong dalam warna2 lembut. Warna terang haruslah dielakkan kerana warna2 ini akan menjadikan sesuatu ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar.


AKSESORI
 Kita harus pandai memilih dan menyesuaikan aksesori dengan konsep dapur yang dipilih. Jika kita tersalah pilih, dapur akan kelihatan semak dan serabut. Contohnya, aksesori yang bersaiz kecil, jika dipamerkan dengan jumlah yang banyak boleh mengakibatkan ruang dapur kelihatan tidak teratur dan serabut. Minimumkan penggunaan aksesori. Cukuplah dua atau 3 aksesori sahaja digunakan atau gunakan aksesori yang praktikal sahaja.




SUSUN ATUR
Jumlah perabot untuk ruang terhad mestilah sederhana supaya ada ruang untuk laluan. Jangan meletakkan kabinet atau meja yang tidak mempunyai fungsi yang penting di ruang dapur. Elakkan meletakkan meja makan di ruang dapur jika ruang dapur kita hanya sekangkang kera sahaja.


SILING
Siling yang tinggi akan menampakkan ruang dapur lebih luas. Ketinggian normal siling adalah 9 kaki. Elakkan menggunakan plaster siling kerana ianya akan merendah kan siling. Lebih baik tinggikan sedikit siling kira2 10kaki atau 11 kaki. Jangan menggunakan hiasan siling yang terlalu rumit kerana ianya akan mengecilkan ruang dapur. Jangan mengecat siling dengan warna2 yang gelap kerana ianya akan membuatkan siling kelihatan lebih rendah. Warna siling yang paling sesuai adalah warna putih.


LAMPU
Lampu yg diletakkan di bwh kabinet atas dan lampu tumpu ke arah siling alkan memberikan ruang dapur kelihatan lebih tinggi dan luas.


LANTAI
Jangan sesekali menambah kesesakan ruang dapur yang kecil dgn meletakkan barang atau perkakas di atas lantai. Contohnya meletakkan bakul sampah. Letak lah bakul sampah di dalam kabinet.
Hal ini dapat membantu laluan trafik dan menampakkan keadaan dapur lebih kemas dan selesa.


CAHAYA SEMULAJADI


Semakin banyak cahaya masuk ke dlm sesebuah ruang, ruang tersebut akan kelihatan lebih luas. Lebih elok jika tingkap di dapur lebar dan tinggi untuk memudahkan cahaya masuk sepenuhnya disamping memberikan pengudaraan yang bauk kepada ruang dapur.



JUBIN SESUAI UNTUK DAPUR

KONSEP KONTEMPORARI
Warna yang sesuai adalah warna2 yg terang dan bentuk yg sesuai adalah bentuk segi empat tepat.
Material adalah dari jenis porselin, kaca dan logam.


KONSEP MODEN
Untuk dapur kelihatan moden, kita msti menggunakan jubin kosong tanpa motif. Kalau nak nmpak elegen, bleh menggunakan warna hitam. Warna2 lain yang dirasakan sesuai adalah putih dan merah.
KONSEP MODEN MINIMALIS
Biasanya konsep ini sesuai menggunakan jubin yang bersaiz besar serta jubin yang tidak bermotif. Material yang sesuai adalah materiak seramik atau batu. Warna2 pastel dan lembut sesuai digunakan.


KONSEP KLASIK
Untuk mereka yang suka sangat konsep klasik, jubin yang sesuai adalah jubin yang bermotif. Biasanya motif2 yang digunakan adalah bunga-bungaan, corak2 organik dan sebagainya. Material jubin dari tanah liat amat sesuai untuk menghidupkan lagi konsep klasik dapur.


KONSEP MEWAH/EKSLUSIF
Sesuai menggunakan material jubin dari jenis batu atau marble. Untuk nampak lebih elegan, gunakan satu atau dua gaya jubin berbeza.






KONSEP MEDITERANIAN
Material jubin yang sesuai adalah jenis terracotta, porselin atau seramik. Warna2 yang sesuai adalah warna2 terang seperti merah, kuning atau biru. Warna2 ini akan menyerlahkan lagi ruang dapur.

TIPS JIKA BERLAKU KEBAKARAN KECIL DI DAPUR

Jika kita mengalami kebakaran minyak di dalam kuali or periuk, kita perlu mengambil langkah2 seperti:
- padamkan api dapur dulu
- tutup kuali or periuk dgn penutupnya
- biarkan dulu kuali or periuk tu sejuk
- ble da sjuk, boleh la buka perlahan-lahan
Kalau kebakaran berlaku semasa menggunakan ketuhar or oven, kita perlu mengambil langkah2 seperti:
- tutup punca elektrik
- ubah oven / ketuhar ke tempat terbuka dan lapang
- pastikan pintunya sentiasa tertutup


*ni lah sedikit sebanyak tips kalau terjadi kebakaran kecil di dapur..kalo jadi kebakaran besar..cepat2 panggil bomba...



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More