DAPUR SEMPIT KELIHATAN LUAS

PEMILIHAN WARNA

Pemilihan warna cerah dan lembut adalah paling sesuai dan amatla digalakkan. Contohnya warna beige, putih susu, putih mutiara atau kuning cair. Bagi mereka yang berani dan suka kan kelainan, warna2 seperti ungu muda, biru muda, merah jambu, hijau muda dan jingga muda boleh digunakan. Ini kerana warna2 ini tergolong dalam warna2 lembut. Warna terang haruslah dielakkan kerana warna2 ini akan menjadikan sesuatu ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar.


AKSESORI
 Kita harus pandai memilih dan menyesuaikan aksesori dengan konsep dapur yang dipilih. Jika kita tersalah pilih, dapur akan kelihatan semak dan serabut. Contohnya, aksesori yang bersaiz kecil, jika dipamerkan dengan jumlah yang banyak boleh mengakibatkan ruang dapur kelihatan tidak teratur dan serabut. Minimumkan penggunaan aksesori. Cukuplah dua atau 3 aksesori sahaja digunakan atau gunakan aksesori yang praktikal sahaja.




SUSUN ATUR
Jumlah perabot untuk ruang terhad mestilah sederhana supaya ada ruang untuk laluan. Jangan meletakkan kabinet atau meja yang tidak mempunyai fungsi yang penting di ruang dapur. Elakkan meletakkan meja makan di ruang dapur jika ruang dapur kita hanya sekangkang kera sahaja.


SILING
Siling yang tinggi akan menampakkan ruang dapur lebih luas. Ketinggian normal siling adalah 9 kaki. Elakkan menggunakan plaster siling kerana ianya akan merendah kan siling. Lebih baik tinggikan sedikit siling kira2 10kaki atau 11 kaki. Jangan menggunakan hiasan siling yang terlalu rumit kerana ianya akan mengecilkan ruang dapur. Jangan mengecat siling dengan warna2 yang gelap kerana ianya akan membuatkan siling kelihatan lebih rendah. Warna siling yang paling sesuai adalah warna putih.


LAMPU
Lampu yg diletakkan di bwh kabinet atas dan lampu tumpu ke arah siling alkan memberikan ruang dapur kelihatan lebih tinggi dan luas.


LANTAI
Jangan sesekali menambah kesesakan ruang dapur yang kecil dgn meletakkan barang atau perkakas di atas lantai. Contohnya meletakkan bakul sampah. Letak lah bakul sampah di dalam kabinet.
Hal ini dapat membantu laluan trafik dan menampakkan keadaan dapur lebih kemas dan selesa.


CAHAYA SEMULAJADI


Semakin banyak cahaya masuk ke dlm sesebuah ruang, ruang tersebut akan kelihatan lebih luas. Lebih elok jika tingkap di dapur lebar dan tinggi untuk memudahkan cahaya masuk sepenuhnya disamping memberikan pengudaraan yang bauk kepada ruang dapur.



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More