ASPEK PENTING DALAM MEREKA BENTUK KABINET DAPUR

BAJET

Bajet merupakan perkara yang penting dan utama dalam mereka bentuk kabinet dapur. Bajet yang besar memberi lebih pilihan kepada kita.
Sebelum memasang kabinet dapur, kita perlu mengetahui bajet2 tertentu yang diperlukan untuk kabinet dapur sesebuah rumah.Antaranya ialah bajet untuk kabinet,permukaan kabinet, sinki & tap, hob & hood, oven & microwave,serta peralatan dapur lain yang sesuai.Setelah mengetahui bajet yang sesuai,bolehla berjumpa dengan pereka kabinet masing-masing untuk menentukan jenis material yang betul-betul bersesuaian dengan bajet anda.


KEGUNAAN & FUNGSI DAPUR
Keperluan setiap individu terhadap kabinet dapur adalah berlainan. Ada yang menggunakan dapur setiap hari untuk memasak. Ada yang menggunakan dapur hanya pada hujung minggu. Ada juga yang menggunakan dapur sekali sekala sahaja.Penggunaan dapur orang yang masih bujang tentu sekali berbeza dengan penggunaan dapur orang yang sudah berkeluarga. Hal ini akan mempengaruhi rekabentuk sesuatu kabinet dapur. Kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil, mereka mestilah memikirkan tentang rekabentuk yang selamat untuk anak-anak mereka.
Ada juga memerlukan ruang penstoran yang banyak untuk peralatan dapur mereka yang pelbagai saiz dan jenis. Penggunaan swivel basket, laci tarik dan kabinet tinggi adalah salah satu contoh bagi menyelesaikan masalah ini.
Hal-hal ini boleh dibincangkan dengan pereka kabinet masing-masing kerana mereka semestinya akan memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah anda.


KONSEP
Konsep merupakan perkara yang sangat penting dan perlu diambil kira sebelum menentukan rekabentuk sesebuah kabinet.
Jika anda sangat meminati konsep klasik & tradisional, material daripada kayu seperti nyatuh sangat sesuai.
Bagi mereka yang meminati konsep moden, material seperti acrylic, glass,dan keluli tahan karat antara alternatif yang sangat sesuai. Carilah maklumat2 yang berkaitan di majalah2 dan internet berkaitan hiasan dalaman untuk membantu anda memilih material dan design yang bersesuaian.


SAIZ RUANG DAPUR
Terdapat beberapa bentuk yang biasa digunakan dalam merekabentuk sesuatu kabinet dapur. 
Antaranya ialah Bentuk I(Single Line), Bentuk L (L Shape) dan Bentuk U (U Shape).
Biasanya untuk dapur bersaiz kecil, Bentuk I sangat sesuai digunakan. Bagi dapur bersaiz sederhana dan besar, Bentuk L dan Bentuk U boleh digunakan keran bentuk-bentuk ini memerlukan ruang yang besar.
Jika anda berani mencuba bentuk-bentuk yang lain dari kebiasaan ini, apa salahnya. Tetapi setiap bentuk yang dipilih mestilah sesuai dengan saiz ruang dapur dan keselesaan anda sendiri.




KETAHANAN MATERIAL
Terdapat beberapa jenis material yang sesuai untuk kabinet dapur.
Antaranya ialah MDF Board-spray paint, melamine abs,kayu padu,kayu veener, dan acrylic high gloss.
Untuk pintu kabinet pula, terdiri dari melamine abs, veneer, kayu padu seperti nyatoh, acrylic high gloss dan spray paint high gloss.
Untuk permukaan atas kabinet dapur, material seperti concrete top, solid surface, granite top, marble & quartz stone adalah yang sering digunakan. Material2 ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.
Ketahanan material adalah bergantung pada penggunaan kabinet tersebut. 
Material kabinet yang menggunakan bajet yang besar tentu sahaja berbeza dengan material yang menggunakan bajet ekonomi. Jadi, terpulang kepada kita untuk menentukan nya.















1 comments:

Great entry. Sy share ye. TQ

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More