PERMUKAAN KONKRIT

Permukaan konkrit adalah satu pilihan permukaan yang ada dan sesuai untuk kabinet dapur. Permukaan ini sangat sesuai untuk kegunaan berat dan lasak.
Permukaan ini diperbuat daripada campuran simen dan batu konkrit. Manakala untuk bahagain permukaan luar nya disaluti dengan jubin. Biasanya saiz jubin yang digunakan adalah 2' x 2'. Tetapi boleh juga menggunakan saiz jubin yang lain, mengikut citarasa anda.
Harga permukaan ini tidak terlalu mahal bergantung kepada jubin yang digunakan kerana jubin mempunyai pelbagai jenis dan harga. Untuk mengurangkan kos, kita boleh menggunakan jubin yang lebih murah untuk lapisan di gahagian dalam permukaan konkrit.


Penggunaan permukaan ini sangat sesuai digunakan untuk dapur basah kerana ianya tahan lasak dan kuat. Ianya juga kalis air.
Pemilihan warna yang sesuai adalah sangat penting supaya nanti kita tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan warna dengan kabinet dapur nant. Biasanya warna yang menjadi pilihan ramai adalah hitam, putih, cream, atau warna-warna pastel.

3 comments:

bajet tuk gmbr yg ke 4 tu berape ye? x tmasuk sinki, paip n laci sume.. simen n tile je..

salam.

saya akan pindah ke rumah baru iaitu apartment. keluasan dapur saya ialah 11x8. apakah cadangan atau dapur yang sesuai. saya nak buat concrete surface. tq

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More