JENIS PERMUKAAN

SOLID SURFACE
Solid Surface adalah antara bahan yang paling sesuai untuk permukaan kabinet dapur. 
Bahan ini mempunyai ciri-ciri yang mudah dibentuk mengikut keinginan pemilik , mudah dibersihkan, serta mempunyai pelbagai pilihan warna menjadikan material ini salah satu jenis permukaan yang versatil.
Terdapat 2 jenis ketebalan yang boleh dijadikan pilihan iaitu 1/2 inci dan 1/8 inci tebal.


MARMAR
Marmar juga merupakan bahan yang sesuai dijadikan permukaan kabinet dapur. Ia nya tidak mudah rosak, tidak mudah calar dan tergores, dan tidak mudah terjejas akibat sisa makanan atau bahan beralkali jika betul penjagaannya. Permukaan ini paling sesuai digunakan untuk penyediaan makanan seperti doh.
Biasanya saiz marmar dipotong mengikut saiz standard iaitu 12 inci x 12 inci.


GRANITE
Granite kelihatan seperti marmar tetapi ianya lebih kukuh.
Permukaannya juga lebih halus, licin dan stabil. Granite tidak mudah calar dan senang untuk dibersihkan. Ianya juga kalis air, dan anda tidak perlu risau kerana air tidak akan menjejaskan kualitinya. Kos nya agak tinggi berbanding material yang lain kerana ianya sangat keras dan sukar untuk memotong dan membentuk permukaannya. Harganya akan menjadi lebih mahal jika anda memilih granite eksotik atau terdapat carikan emas tertanam di dalamnya.
Untuk menjimatkan kos, biasanya pengeluar akan menghasilkan ketebalan standard iaitu kira2 3cm tebal.


KAYU BERLAMINA
Material jenis ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang mempunyai bajet yang sedikit dan terhad. Ia juga sesuai diletakkan di kaunter bar. Biasanya kawasan ini hanya digunakan untuk aktiviti-aktiviti ringan seperti makan dan minum. Paling menarik, material ini mempunyai pilihan warna yang pelbagai.Tetapi kayu berlamina tidak dicadangkan untuk aktiviti lasak kerana material ini tidak tahan terhadap air kerana ianya hanya diperbuat dari kayu dan dilaminakan.


KELULI TAHAN KARAT
Bahan ini masuh baru dipasaran di Malaysia. Ianya menampilkan stail dan konsep yang kontemporari. Kebanyakan ruang dapur profesional seperti restoren dan hotel menggunakannya untuk permukaan kaunter kerja mereka. Ianya amat mudah dijaga dan dibersihkan. Tetapi ianya tidak sesuai untuk digunakan untuk kaunter semenanjung.


KAYU
Kayu yang sesuai adalah nyatuh, mahagoney dan maple. Material ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja menguli doh. Selain itu juga, boleh digunakan untuk memotong sayur atau bawang. Tetapi aktiviti ini akan meninggalkan kesan calar pada permukaan nya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More