DAPUR KECIL DAN COMEL

Jika kita mempunyai dapur yang besar, macam2 kita boleh buat..nak letak tall cabinet, nak ada island di tengah-tengah, nak ada breakfast table..semuanya boleh..tapi bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai dapur yang kecil dan comel, yang mempunyai ruang yang agak terhad.
Mempunyai ruang dapur yang kecil tidak menghalang kita untuk mendapatkan rekabentuk yang menarik.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:

- jika kita memerlukan ruang penstoran yang agak banyak, kita boleh menggunakan kabinet penuh hingga ke ceiling untuk kabinet atas. hal ini dapat menambah kan lebih banyak ruang penstoran untuk perkakas dapur.


- untuk menampakkan ruang dapur lebih luas, gunakan warna2 lembut atau warna2 pastel..so dapur akan nmpak lebih luas

- selain itu, cermin juga boleh digunakan samaada pada bahagian dinding antara ruang kabinet bawah dan atau boleh juga menggunakan cermin untuk material pintu. tetapi dinasihatkan tidak menggunakan cermin untuk semua pintu, cuma gunakan untuk sebahagian pintu sahaja. cermin akan memberi kesan terhadap ruang supaya kelihatan berganda (double effect).

- untuk menampakkan dapur kelihatan menarik, gunakan warna-warna yang terang pada satu2 sudut tertentu atau pada barang2 perhiasan yang tertentu. ianya adalah sebagai focal point untuk sesuatu ruang dan menjadikan ruang lebih segar dan menarik.


- menggunakan sinki yang tidak terlalu besar, so ruang kerja menjadi lebih luas.

- mintalah nasihat pereka dapur yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah anda.

semoga tips ini dapat membantu anda..selamat mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More